R U M A H

Rumah milikmu.
Aku ibarat musafir yang berjalan dalam kehidupan,
Untuk menuju ke masa hadapan demi mendapatkan kebahagiaan.
Hatimu pula ibarat sebuah rumah,
Yang menarik perhatianku untuk berteduh didalamnya,
Kerana awan kesunyian seakan berarak mengikuti aku,
Dan ingin menghujani aku dengan air hujan tangisan.

Di daerah ini terlalu banyak rumah yang menarik,
Namun rumahmu jua yang aku tertarik.
Tertarik hati aku untuk mengetahui rupa didalam rumahmu,
Dan bagaimana kau menghiasi rumahmu,
Dengan ilmu yang kau pelajari,
Dan dengan pengalaman yang engkau perolehi,
Dari segala ujian yang telah engkau tempuhi.

Aku mungkin akan mengetuk pintu rumahmu,
Dan meminta keizinan untuk menghuni didalamnya hanya dengan cubaan sekali.
Andai engkau tidak membenarkan untuk aku menghuni,
Tidak mahu untuk aku merayu dan lebih baik aku pergi.
Bukan kerana aku seorang yang mudah berputus asa,
Tetapi kerana aku punya maruah dan harga diri.

Namun jika untuk menghuni rumahmu engkau benarkan,
Tanggungjawab menjaga rumahmu akan aku laksanakan.
Menutup atap rumahmu agar tidak lagi ditembusi oleh hujan tangisan,
Dan membaiki jika ada tingkap rumahmu yang pecah akibat ribut kesedihan.

Tapi, andai suatu hari nanti,
Jika ada seseorang yang mampu menjaga rumahmu lebih baik dari aku menjaganya,
Kehidupan mungkin akan membawa aku pergi jauh darimu.
Akan tetapi jika akulah yang terbaik,
Akanku jaga rumahmu,
Sepanjang hidupku tanpa rasa jemu.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

mengenal dekat teman saya

ZAMAN ROMAWI KUNO

mengenal dekat teman saya capter 3