Secebis dari fikiran

Setelah diteliti, di penghujung zaman ini,
Masa bergerak agak pantas.
Kadangkala terdetik dihati, apakah aku sempat untuk mengejar kedua-duanya.
Duniawi & ukhrawi.

Kadangkala,
Hati terdetik untuk berpasangan.
Kerana kerap berasa kesunyian,
Ditambah dengan zaman dimana semua remaja
Hanyut dalam dunia percintaan.
Bersentuhan bukan mahram seakan halal & dan tidak berdosa,
Tapi aku masih teragak agak,
Aku tidak mahu diri aku terbiasa dengan dosa.
Kerana tubuh aku tidak cukup kuat untuk menahan api dunia apatah lagi api neraka.
Bukan mahu berlagak alim,
Aku cuma tak mahu sakit di akhirat.
Tapi sampai bila aku mampu bertahan?
Nafsu remaja yang dahagakan sentuhan dan pelukan,
Ditambah dengan syaitan yang tidak henti henti memberi hasutan.
Akhir zaman, zaman yang bahaya.

Ini lumrah manusia,
Bukan kerana tak cukup kasih sayang,
Bukan juga hanya ingin memuaskan nafsu,
Akan tetapi Allah menjadikan setiap makhluk itu berpasangan.
Kerana yang tidak berpasangan hanyalah Dia yang maha Esa.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

mengenal dekat teman saya

ZAMAN ROMAWI KUNO

mengenal dekat teman saya capter 3