Teman & impian.

Sering aku berjalan seiringan,
Dengan mereka yang aku anggap teman.
Teman-teman yang aku sayang.
Teman-teman yang dimana pernah aku terbayang,
Jika aku dikurniakan syurga oleh Allah yang maha esa,
Pasti sedih hati aku jika didalam syurga itu
tiada muka salah seorang dari mereka,
Dan jika aku dihumban ke neraka
oleh Allah dimana azab tidak terperi sakitnya,
Tidak mahu aku melihat ada diantara muka mereka didalamnya.
Hanya itu yg aku mampu gambarkan cinta aku pada teman-teman.

Tapi kini,
Waktu merubah persekitaran,
Dan persekitaran merubah akal fikiran.
Aku memilih untuk berjalan perlahan,
Ya,
Sememangnya pasti aku akan ketinggalan.

Walaupun begitu,
Aku cuma mahu melihat, dan memastikan.
Siapa diantara mereka yang akan sedar akan aku yg ketinggalan,
Yang akan menoleh kebelakang,
Dan memanggil aku,
Supaya aku kembali didalam kawanan teman,
Dan kembali berjalan seiringan.

Jika tiada,
Tahulah aku dimana sebenarnya aku berdiri,

Mungkin aku akan berhenti,
Membiarkan teman yang jauh berjalan meninggalkan aku pergi,
Dan memilih jalan lain.

Walaupun berseorangan,
Perjalanan tetap juga akan teruskan.
Namun bukan lagi berjalan,
Kerana aku akan berlari.
Cuba mengejar fantasi,
Dan mengubah ia menjadi realiti.
Dengan bantuan ilahi.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

mengenal dekat teman saya

ZAMAN ROMAWI KUNO

mengenal dekat teman saya capter 3