C A N T I K

Kecantikanmu.
Kecantikanmu seakan pengganggu pada mindaku,
Kecantikanmu hadir tatkala mata terbuka mahupun terpejam,
Kecantikanmu berlegar-legar fikiran siang dan malam,
Kecantikanmu penyeri kehidupan dan punca hati dikawal kesedihan.

Tuhan menciptakan wajahmu, sejajar dengan pilihan hatiku,
Wajah yang mampu menyejukkan hati yang tidak keruan,
Wajah yang mampu mengubah perasaan,
Wajah yang mampu menukar dari kegelisahan kepada senyuman,
Wajah yang mampu menghilangkan masalah kehidupan untuk seketika apabila dipandang,
Wajah yang aku mahu sentiasa ada dalam kehidupan.

Kadangkala wajahmu mampu menunjukkan secebis dari kebaikan hatimu,
Melalui wajahmu dan tingkah lakumu, aku seakan mengetahui rupa hatimu,
Dari renungan matamu, seolah-olah engkaulah gadis yang aku idamkan selama ini.

Namun,
Kecantikanmu hanya mampu aku tatapi dari jauh,
Hanya aku yang mengetahui dan memerhati kewujudanmu,
Kerana kehidupan meletak aku jauh darimu,
Walau aku cuba untuk merapatkan diri kepadamu,
Tiada kebaikan yang aku akan perolehi.
Kerana aku tahu apa yang akan terjadi,
Kehidupan kita berbeza,
Wajahmu hanya mampu aku sentuh didalam imaginasi,
Untuk seketika ini.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

mengenal dekat teman saya

ZAMAN ROMAWI KUNO

mengenal dekat teman saya capter 3